Wednesday, September 5, 2012

cinta sampai nyanyuk

cinta?? aiyooo, macam geli je nak guna. love more acceptable. tapi sebab nak kasi trill punya story, "cinta" lebih menyengat dari "love". ewahh!

aku dah mereban dah kat twitter. takpa, kali ni kita mereban kat blog pulak.

mak aku kan ke bukak kedai/warung makan. org kg kan ke suka lepak2 petang setelah penat membanting tulang. minum kopi sambil menyembang, pastu pekena pisang goreng. perghhhh.

salah seorang regular costumer mak aku, pasangan atok opah around middle of 70's la. petang2 mesti datang kedai, minum kopi/nescafe tarik extra manis. aku suka tgk couple nih. to be exact how the atok layan opah. sweet kau.

opah ni kira dah tak ingat sgt la. kadang2 tanya soalan yang sama, berulang-ulang. atok masih sihat. alhamdulillah. tapi atok ni sabarrrr sgt layan opah. time nk mintak order,tanya sweet2 je kat opah, nak makan apa. tau je la orang tua2 nih, kadang kadang dia keliru and lupa. so, lambat sikit nak order. so, atok will suggest macam2 la sampai opah decide. oh!

dulu, time musim durian, kami belah the best durian. sebijik je yang ada time tu.highlight THE BEST ye, yang kurang best tu banyak. kebetulan ada sorang dua sepupu rapat lepak dekat kedai and this couple. kira utk makan sama2 lah. pastu opah cakap dekat mak, dia nak bawak balik la durian tu, sebab sedap. kami sekeluarga mmg ada experience handle our arwah opah, paham sgt dah perangai macam nih. bila dorang cakap, dorang nak, sila bagi, kalau tak, mereka akan makan hati. SGT makan hati. atok siap mintak maaf lagi. its ok! kami paham

tadi, petang, hujan turun lebat. hujan halus yang turun dengan banyak. dapat bayang tak?? how to explain. ermm, hujan tak ribut o harsh, calm je tapi lebat. eh, agak K ayat aku. hahaha. opah ajak atok balik, tapi atok refuse sebab hujan still lebat. lagipun, orang tua kan, mana boleh kene hujan sgt. badan tak mampu dah. opah merajuk. terus jalan kaki dalam hujan. atok calmly p dekat moto, dalam hujan, p dekat opah. tiada sebarang kata2 marah EVER. Allah. sabarnya...

amir vanila coklat pon tinggi2 suara kat zara tau. tak terlawan romantik atok. eh!

bagi aku ni la cinta sebenar. still ada sayang walau dalam apa pon keadaan. accept kekurangan pasangan. redha and sabar.

cinta biarlah kekal biarpun nyanyuk. ke syurga tu atas Allah.





awak, jadi macam atok ni tau! 
ewah kau!!!